Sunday, 10 June 2018

10 TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA-MAIZATUL AKMA-5 ARIF



                                   10
                  TEMPAT  MENARIK  DI
                            MALAYSIA



1. Tadom Hill Resort, Selangor

Image result for tadom hill resort selangor









                           2.FIG TREE HILL,PULAU PINANG

Image result for fig tree hill
                 
                3.SAILORS REST,PAHANG





Sunday, 3 June 2018

10 tempat menarik di malaysia haziq


1. Sekeping Serendah, Selangor


Mungkin ramai yang sejak lahir sampailah hari ini membesar dan hidup di dalam ibu kota penuh sibuk tak pernah henti. Apakata cuba bercuti di Sekeping Serendah ini. Bagaikan satu kediaman mewah di dalam hutan! Sambil mendengar bunyi unggas dan serangga hutan, sungguh mendamaikan. Bila malam tidur pun dalam kelambu. Wow, romantik! Hehe!

2. The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan



Sebut sahaja Negeri Sembilan, apa yang ada dalam fikiran sesiapa sahaja tentang tempat bercuti di sana tentulah Port Dickson dan Ulu Bendul sahaja. Namun tak ramai tahu di Seremban mempunyai sebuah tempat yang sangat menarik untuk bercuti di namakan The Shorea ini. Terdapat beberapa jenis villa penginapan yang boleh dipilih.


3. Limastiga, Umbai, Melaka


  • Mungkin ramai yang sejak lahir sampailah hari ini membesar dan hidup di dalam ibu kota penuh sibuk tak pernah henti. Apakata cuba bercuti di Sekeping Serendah ini. Bagaikan satu kediaman mewah di dalam hutan! Sambil mendengar bunyi unggas dan serangga hutan, sungguh mendamaikan. Bila malam tidur pun dalam kelambu. Wow, roma


  • Untuk yang inginkan suasana kampung yang moden, dilengkapi dengan kolam renang? Datanglah ke Limastiga. Hanya 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur sahaja. Di sini, hanya pengunjung beragama Islam sahaja dibenarkan untuk menginap. Ini bagi menjaga kesucian tempat ini daripada haiwan dan minuman terlarang. Syabas

! 

4. The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan


  • Selain The Shorea yang terletak di Seremban, orang Selatan Malaysia juga mungkin boleh mencuba untuk bercuti di The Dusun yang terletak di Mantin. Apapun OhMedia merasakan tidak sesuai pengunjung beragama Islam untuk bermalam di sini memandangkan pemilik The Dusun bukan beragama Islam dan ada membela seekor Anjing di resort ini. Anda boleh lihat Anjing tersebut yang bernama "MAYA" di Facebook mereka.

5. Tanah Aina Farouq, Raub, Pahang



Untuk yang suka bercuti lebih 'adventure' lagi di dalam hutan, Tanah Aina bukanlah satu tempat yang asing lagi. Bermalam di dalam khemah yang disediakan menjadikan percutian ala-ala adventure ini bersesuaian kepada sesiapa sahaja biarpun bukan kaki camping. Tanah Aina merupakan satu resort eco-tourism di Pahang yang menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain.

Selain Tanah Aina Farouq di Raub, Tanah Aina juga ada di 3 lokasi lain iaitu Tanah Aina Farrah Soraya di Bentong, Tanah Aina Farhana di Desaru, Johor dan juga Tanah Aina Fareena di Lentang, Karak, Pahang. Setiap Tanah Aina adalah unik dan akan membuatkan percutian kita sesuatu pengalaman yang akan diingati sampai bila-bila.

6. Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka



Ingin merasai percutian ala-ala di kampung Melayu zaman dahulu-kala di tepi Selat Melaka? Desa Balqis adalah tempat yang mesti ada dalam senarai percuti anda. Terletak di Kuala Linggi, Melaka, ini menjadi lokasi paling bersesuaian untuk mereka yang dah lama teringin nak menginap di rumah-rumah Kampung dan lari seketika dari hiruk-pikuk kota.

7. Templer Park Rainforest Retreat, Rawang, Selangor


Di sini, pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah sekeliling Hutan Simpan Kanching. Hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, tak syak lagi ini antara tempat menarik untuk lari seketika dari kesibukan hidup untuk seketika.

8. Philea Resort & Spa, Melaka


Ini merupakan resort 5 Bintang untuk yang inginkan percutian agak mewah tapi masih kekal dengan suasana yang sangat merehatkan otak. Terletak di Air Keroh, Melaka, di sini merupakan satu lagi lokasi percutian yang menarik dan patut dicuba sesiapa sahaja.

9. The Carpedia, Paya Rumput, Melaka



Siapa yang gemarkan suasana percutian unik lebih-lebih lagi yang tempat unik untuk memenuhkan geleri di Facebook dan Instagram peribadi, The Carpedia mungkin satu tempat percutian yang boleh anda pilih. Sekali imbas sahaja dah nampak keunikan tempat ni dengan senibina yang sangat rare di negara ini yang mana selalunya hanya boleh dijumpai di Brighton Beach, Melbourne. Walaupun binaannya nampak kecil, tapi di dalamnya boleh memuatkan sehingga 6 orang!

10. Tadom Hill Resorts, Banting, Selangor




Sekali lihat bukan di Malaysia, tapi siapa sangka ianya berlokasi di Banting, Selangor. Mungkin ramai yang tak tahu kewujudan tempat ini sebelum ini sehinggalah ianya menjadi viral apabila seorang pengunjung bernama Yusry Aizat Baharudin berkongsi di Facebook gambar-gambar semasa mereka bercuti di sana
















10 TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA-AFIQ-5 Arif

10 Tempat Menarik Di Malaysia

1.Mutiara Resort Taman Negara,Pahang

Mutiara Resort Taman Negara ini terletak di Taman Negara Pahang. Tempat percutian ini sesuai untuk pencinta alam yang suka aktiviti lasak.
Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah jungle trekking, mendaki gunung, meneroka gua, canopy walk dan kesemua aktiviti berikut boleh diatur di Pusat Pelancongan Taman Negara.Ketika disini nanti, ambil kesempatan untuk belajar sedikit tentang budaya Orang Asli dengan melawat perkampungan mereka yang berhampiran.
Kebanyakan Chalet disini diperbuat oleh Kayu dan setiap Chalet dilengkapkan dengan Tandas peribadi, Air Panas dan pengering rambut. Ada Chalet yang datang skali dengan ruang tamu dan dapur.


2.LEGOLAND MALAYSIA

Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di NusajayaJohorMalaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia semenjak penubuhannya. Pembukaan rasmi taman tema ini dilancarkan oleh Sultan Ibrahim Ismail pada 22 September 2012.[2] Ia akan menjadi teras kepada kompleks yang bersepadu yang berukuran 5,500,000 kaki persegi (510,000 m2). Kawasan ini juga merupakan taman industri Nusa Cemerlang yang terletak dalam Iskandar Malaysia iaitu sebuah kawasan ekonomi yang terdiri daripada pusat gaya hidup seperti peruncitan, pejabat, hotel, perkhidmatan pangsapuri dan unit kediaman.

3.Lost Wordl of Tambun
Lost World of Tambun ialah sebuah taman tema di bawah pengurusan Sunway Company atau Sunway City. Ia terletak di TambunPerakMalaysia. Perbelanjaan bagi membina taman tema ini dianggarkan berjumlah RM60 juta serta merupakan taman semula jadi 
terbesar di Malaysia.[perlu rujukan]

4. Classic Malay Home, Kuala Lumpur                       Untuk mengakhiri post ini, saya telah memilih The Classic Malay Home kerana saya rasa ramai yang bekerja di bandar Kuala Lumpur tidak pernah merasa bermalam di dalam rumah kampung.

Ramai yang tidak tahu wujudnya sebuah rumah kampung tradisional melayu ditengah-tengah bandar dan hanya perlu ke Jalan Dato Keramat untuk menjumpainya.
Mungkin anda tidak akan nampak ayam berkeliaran atau apabila memandang luar tingkap tidak kelihatan sawah padi terbentang luas, tapi anda hanya perlu naik LRT saja jika anda mahu menginap di The Classic Malay Home ini.
5. Eagle Ranch Resort, Negeri Sembilan
Port Dickson memang terkenal dengan tempat yang menarik dan luarbiasa tetapi tidak disangka di sini kita terdapat resort yang bertema Cowboy.
Disini anda berpeluang untuk menginap di rumah berbentuk Tipi (kemah kaum Native American) dan badwagon yang dibina menyerupai sebuah wagon Cowboy.
Bukan sekadar bilik yang unik, kawasan yang luas membuat tempat ini bagus untuk acara berkumpulan atau acara korporat seperti team building, seminar, kem motivasi dan hari keluarga.
6.Daun Daun Chalet,Pahang

Di buka pada tahun 2012, Daun Daun chalet terletak di Janda Baik, Pahang. Pemilik chalet ini memastikan yang keindahan alam sekitar dipelihara semasa penbinaan chalet ini.
Buat masa sekarang , anda boleh pilih untuk duduk dalam 4 jenis chalet yang berlainan bernama, Daun 1, Daun 2, Daun 3 dan Daun Cottage. Kalau anda nak menjamu selera anda boleh ke Kopi n Karf café untuk menikmati hidangan seperti Kuzi Ayam Kelantan, Popia Kemboja, dan Bakso.
7.Villa Danialla,Kelantan

Mencari alasan untuk bercuti ke Kelantan? Selepas melihat kecantikan Villa Danialla yang terletak di Bachok ini cukup sebab untuk anda ke sana.
Bebas dari hiruk-pikuk Bandar, Villa Danialla sesuai untuk mereka yang mencari resort menarik di Kelantan yang terletak di tepi pantai.
Dari pantai ini anda akan dapat lihat laut cina selatan terbentang luas di hadapan anda.
8.Fig Tree Hill,Pulau Pinang
Fig Tree Hill Pulau Pinang ini menawarkan suasana yang tenang untuk berehat bersama keluarga. Hanya 15 minit drive dari lapangan terbang Pulau Pinang, Resort ini akan buat anda lupa hiruk-piruk bandar yang and baru tinggalkan.
9.Fisghing Bay Resort,Johor

Fishing Bay Resort ini terletak di Mersing dan mempunyai keluasan 1.2 hektar. Tempat ini amat sesuai untuk keluarga yang mencari tempat percutian menarik di tepi pantai.Aktiviti di sini juga banyak, tetamu dapat menikmati sukan pantai seperti memancing, berkayak, snorkeling, dan anda juga boleh mengambil bot ke Pulau Gajah untuk meneroka Gua yang boleh dijumpai di atas pulau itu.

10.Sipadan Water Village, Sabah

Pernahkah anda melihat rumah berunsur seni reka kaum Bajau? Kalau jawapanya tidak anda boleh menjumpai rumah tersebut di Sipadan Water Village Resort, Sabah.
Terletak di Pulau Mabul, kawasan ini menjadi tempat kediaman nelayan Bajau. Satu ciri unik yang terdapat pada seni bina kaum Baju ini adalah mereka akan membina rumah mereka mengunakan bumbung pelepah.Aktiviti yang menjadi tarikan ramai di sini adalah Scuba Diving. Pulau Mabul dan Sipadan terkenal sebagai destinasi Scuba Diving bertaraf dunia. Terdapat banyak spesis ikan exotik, batu karang dan penyu.

 




















10 Tempat Menarik di Malaysia-Bunyamin-5 Arif

10 Tempat Menarik di Malaysia

1. Sekeping Serendah, Selangor

Mungkin ramai yang sejak lahir sampailah hari ini membesar dan hidup di dalam ibu kota penuh sibuk tak pernah henti. Apakata cuba bercuti di Sekeping Serendah ini. Bagaikan satu kediaman mewah di dalam hutan! Sambil mendengar bunyi unggas dan serangga hutan, sungguh mendamaikan. Bila malam tidur pun dalam kelambu. Wow, romantik! Hehe!

2. The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan

Sebut sahaja Negeri Sembilan, apa yang ada dalam fikiran sesiapa sahaja tentang tempat bercuti di sana tentulah Port Dickson dan Ulu Bendul sahaja. Namun tak ramai tahu di Seremban mempunyai sebuah tempat yang sangat menarik untuk bercuti di namakan The Shorea ini. Terdapat beberapa jenis villa penginapan yang boleh dipilih.


3. Limastiga, Umbai, Melaka

Untuk yang inginkan suasana kampung yang moden, dilengkapi dengan kolam renang? Datanglah ke Limastiga. Hanya 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur sahaja. Di sini, hanya pengunjung beragama Islam sahaja dibenarkan untuk menginap. Ini bagi menjaga kesucian tempat ini daripada haiwan dan minuman terlarang. Syabas!

4. The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan

Selain The Shorea yang terletak di Seremban, orang Selatan Malaysia juga mungkin boleh mencuba untuk bercuti di The Dusun yang terletak di Mantin. Apapun OhMedia merasakan tidak sesuai pengunjung beragama Islam untuk bermalam di sini memandangkan pemilik The Dusun bukan beragama Islam dan ada membela seekor Anjing di resort ini. Anda boleh lihat Anjing tersebut yang bernama "MAYA" di Facebook mereka.

5. Tanah Aina Farouq, Raub, Pahang

Untuk yang suka bercuti lebih 'adventure' lagi di dalam hutan, Tanah Aina bukanlah satu tempat yang asing lagi. Bermalam di dalam khemah yang disediakan menjadikan percutian ala-ala adventure ini bersesuaian kepada sesiapa sahaja biarpun bukan kaki camping. Tanah Aina merupakan satu resort eco-tourism di Pahang yang menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain.

Selain Tanah Aina Farouq di Raub, Tanah Aina juga ada di 3 lokasi lain iaitu Tanah Aina Farrah Soraya di Bentong, Tanah Aina Farhana di Desaru, Johor dan juga Tanah Aina Fareena di Lentang, Karak, Pahang. Setiap Tanah Aina adalah unik dan akan membuatkan percutian kita sesuatu pengalaman yang akan diingati sampai bila-bila.

6. Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka

Ingin merasai percutian ala-ala di kampung Melayu zaman dahulu-kala di tepi Selat Melaka? Desa Balqis adalah tempat yang mesti ada dalam senarai percuti anda. Terletak di Kuala Linggi, Melaka, ini menjadi lokasi paling bersesuaian untuk mereka yang dah lama teringin nak menginap di rumah-rumah Kampung dan lari seketika dari hiruk-pikuk kota.

7. Templer Park Rainforest Retreat, Rawang, Selangor

Di sini, pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah sekeliling Hutan Simpan Kanching. Hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, tak syak lagi ini antara tempat menarik untuk lari seketika dari kesibukan hidup untuk seketika.

8. Philea Resort & Spa, Melaka

Ini merupakan resort 5 Bintang untuk yang inginkan percutian agak mewah tapi masih kekal dengan suasana yang sangat merehatkan otak. Terletak di Air Keroh, Melaka, di sini merupakan satu lagi lokasi percutian yang menarik dan patut dicuba sesiapa sahaja.

9. The Carpedia, Paya Rumput, Melaka

Siapa yang gemarkan suasana percutian unik lebih-lebih lagi yang tempat unik untuk memenuhkan geleri di Facebook dan Instagram peribadi, The Carpedia mungkin satu tempat percutian yang boleh anda pilih. Sekali imbas sahaja dah nampak keunikan tempat ni dengan senibina yang sangat rare di negara ini yang mana selalunya hanya boleh dijumpai di Brighton Beach, Melbourne. Walaupun binaannya nampak kecil, tapi di dalamnya boleh memuatkan sehingga 6 orang!

10. Tadom Hill Resorts, Banting, Selangor

Sekali lihat bukan di Malaysia, tapi siapa sangka ianya berlokasi di Banting, Selangor. Mungkin ramai yang tak tahu kewujudan tempat ini sebelum ini sehinggalah ianya menjadi viral apabila seorang pengunjung bernama Yusry Aizat Baharudin berkongsi di Facebook gambar-gambar semasa mereka bercuti di sana.


Thursday, 31 May 2018

10 TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA-NUR DANIA ALIESYA 5 BIJAKSANA


        MUZIUM DIRAJA KUALA KANGSAR



Muzium Diraja Kuala Kangsar
Muzium Diraja Kuala Kangsar (dahulunya dikenali dengan nama-nama seperti Istana Kenangan, Istana Lembah atau Istana Tepas) telah didirikan pada tahun 1926, di bandar Kuala KangsarPerakMalaysia oleh seorang tukang kayu yang bernama Haji Sopian dan dibantu oleh dua orang anaknya, mereka ini berasal dari Seberang Perai.
Muzium ini dibina atas perintah D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah (Marhum Kaddasallah) sebagai tempat bersemayam sementara, disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi di dalam pembinaan menggantikan Istana Negara. Baginda D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah bersemayam di Istana Kenangan ini mulai dari tahun 1931 hingga tahun 1933. Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah, ia dijadikan Istana Tetamu terutama di hari-hari Perayaan DiRaja seperti hari keputeraan, perlantikan orang-orang besar Perak dan lain-lain Istiadat DiRaja Perak Darul Ridzuan.
Dari segi bentuk senibinanya, Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu Tradisional yang mengkagumkan. Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan (kayu jenis berlian). Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini. Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik yang menggunakan tepas yang diam dengan corak-corak anyaman Melayu Tradisional dan warna dinding itu melambangkan warna negeri perak iaitu kuning,hitam, dan putih.
Bangunan ini dibina di atas enam puluh batang tiang, di mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter. Bentuk bangunan ini melambangkan sebilah padang yang tersimpan di dalam sarungnya. Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan sebuah singgahsana. Tingkat bawah bangunan ini pula digunakan sebagai pejabat rasmi Baginda, di mana ia mempunyai lantai simen dan disekelilingnya ditutup dengan bidai.
Nama Istana Kenangan telah diberikan pada tahun 1960-an setelah diperbaiki dengan dayausaha Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Istana Kenangan diduduki oleh keluarga DiRaja Perak sehingga tahun 1982, apabila Almarhum Sultan Idris II telah berkenan menyerahkannya di bawah pengawasan Jabatan Muzium Negara.
Pada tahun 1986, ia dijadikan Muzium DiRaja, di mana penyelenggaraannya diserahkan kepada Pentadbiran Negeri Perak Darul Ridzuan. Pada 16 November 1986, Muzium DiRaja Perak ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Azlan Muhibbudin Shah.